PIBG ingin menarik perhatian kepada Program Sarana Ibu Bapa &
Sarana Sekolah di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
yang baru dilancarkan pada Februari 2013 yang lalu. Pelan ini adalah
sangat penting dan semua waris harus memahaminya. Ini adalah kerana ia
mempunyai implikasi yang besar kepada waris, pelajar dan guru. Oleh
kerana implikasi tersebut PIBG amat berharap pihak sekolah dapat
mengambil inisiatif untuk memberi taklimat kepada waris secepat mungkin
dan PIBG akan membantu untuk menjayakannya.
Disertakan disini pautan dari Kementerian Pendidikan bahan bacaan mengenainya untuk dimuat turun.
Sila Klik Di Sini
1.
Bahan Pemantapan Sarana Ibubapa dan Sekolah
Seterusnya mari kita lihat ungkapan Menteri Pelajaran mengenainya.
SARANA IBU BAPA DAN SARANA SEKOLAH
DI BAWAH PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2013 – 2025
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
“…. Menerusi Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah, semua pihak
yang terlibat akan mempunyai peluang dan berperanan dalam
membantu membangunkan modal insan agar selaras dengan hasrat
Negara untuk mencapai kecemerlangan sistem pembelajaran”.
“…. Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam
dan di luar sekolah bukan sahaja memberi pelbagai manfaat malah
yang paling penting sebagai bukti sokongan moral ibu bapa kepada
anak-anak dalam meningkatkan tahap pembelajaran mereka di
sekolah”.
“…. Anak Nadi Aspirasi Kita – Pendidikan Anak Tanggungjawab
Bersama” adalah bertepatan dengan situasi perkembangan sistem
pendidikan yang menuntut ibu bapa menunjukkan komitmen padu
bagi memastikan kejayaan anak-anak mereka”.
TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD. YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
No comments:
Post a Comment